Thursday 11 October 2012

Program Penutur Jati


1.0  Pendahuluan
Program penutur jati adalah salah satu program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya telah dimulakan sejak tahun 2011 hingga 2013. Selama tiga tahun guru-guru Bahasa Inggeris di seluruh negara berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada mentor yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Walau bagaimanapun bukan semua guru Bahasa Inggeris  terlibat dalam program ini. Hanya sekolah-sekolah terpilih sahaja dapat mengikuti program ini kerana bilangan penutur jati adalah terhad. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah dipilih oleh Pejabat Pelajaran berdasarkan kritiria-kritiria tertentu.

2.0  Matlamat
Tujuan program penutur jati ini adalah untuk membantu guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris khususnya Tahap 1 (Tahun 1,2, dan 3) memahami kaedah dan teknik berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran seterusnya dapat membantu murid-murid memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris  ke tahap yang lebih baik selaras dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap MBMMBI.

3.0  Mentor-mentor dan guru-guru yang terlibat.
Bagi Daerah Kuala Kangsar terdapat lima orang mentor yang terlibat dalam program ini. Mereka adalah Mr. Kurt Stewart, Mr. Duncan Buchanan, Ms. Sharon Zammit, Ms Laurie Sylla dan Ms Rachel Pearson.
Berikut adalah sekolah-sekolah dan guru-guru yang terlibat di bawah bimbingan Ms. Rachel Pearson: 



NAMA SEKOLAH
 NAMA GURU TERLIBAT
TAHUN
SK TOSOR
1.PN. NORMAH BT MAT. ASIK
TAHUN 1
2.PN. NORAFIZA BT.ABDUL MOKTI
TAHUN2,3
SK KPG. NASIB
1.PN. KAVITA A/P PRAKASH
TAHUN 2,3
2.PN. JUNAIDAH BT MOHD.
TAHUN 1
SK KOTA LAMA KANAN
1.PN. HUSNI BT. AHMAD ZUBAIRI
TAHUN 1,3
2.PN. ZUHAI BT. SUHAIMI
TAHUN 1
SK SAYONG
1.PN. ASRIAH BT. MANSUR
TAHUN 1,2
2. EN. UDAY A/L  DEVAN
TAHUN 3
SKJC SGI. BULOH
1.EN. RAVICHANDRAN
TAHUN 1,2,3



1.0  Jadual Kehadiran Mentor (Ms. Rachel Pearson ) ke sekolah.

HARI/MASA
  7.45 PAGI – 10.35 PAGI
  11.00 PAGI- 1.35 TENGAHARI
ISNIN
SK TROSOR
SK KAMPUNG NASIB
SELASA
SK KAMPUNG NASIB
SK TROSOR
RABU
SK SAYONG
SK KOTA LAMA KANAN
KHAMIS
SK KOTA LAMA KANAN
SK SAYONG
JUMAAT
SKJC SUNGAI BULOH
SJKC SUNGAI BULOH

·         Setiap Selasa Workshop di makmal komputer  SK Kota Lama Kanan daripada 2.30 pm hingga 5.00pm
·         Jadual di atas boleh berubah mengikut keadaan.       


2.0  Aktiviti aktiviti yang dijalankan
Banyak aktiviti yang dijalankan melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di dalam kelas atau semasa menghadiri bengkel. D iantara aktiviti tersebut termasuklah tunjuk cara proses pengajaran di dalam kelas, kuiz, nyanyian, chant, game dan lain-lain. Semua aktiviti ini banyak membantu guru amnya dan murid-murid khasnya. Di bawah sistem KSSR murid tidak ditekankan dengan peperiksaan. Murid-murid berminat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh mentor dan terlibat secara aktif. 

3.0  Kebaikan Program Penutur Jati
3.1  Guru mendapat pendedahan dan teknik yang betul mengajar Bahasa Inggeris
3.2  Murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan terlibat secara aktif.
3.3  Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan guru dan murid.
3.4  Mencari jalan atau cara supaya sesuatu masalah itu dapat diatasi.

4.0  Kelemahan  Program Penutur jati
4.1  Tidak semua sekolah terlibat dan seolah-olah objektifnya tidak menyeluruh.
4.2  Bahasa Inggeris yang digunakan oleh mentor agak sedikit berbeza dari segi sebutannya dengan Bahasa Inggeris di Malaysia.
4.3  Bebanan tugas ke atas guru yang terlibat apabila guru yang sama juga mengajar Tahun 6, dan sudah tentu  memberikan fokus yang lebih terhadap peperiksaan UPSR
4.4  Jadual workshop yang bertindih dengan aktiviti sekolah seperti kursus, mesyuarat, contact time, ko-kurikulum, latihan sukan dan lain-lain serta guru besar pula agak keberatan memberi keizinan  jika melibatkan aktiviti besar sekolah.
4.5  Jadual yang berbeza di antara sekolah-sekolah yang terlibat. Contohnya jika sekolah A ada mesyuarat kurikulum pada hari Isnin , sekolah B hari Selasa dan sekolah C pula ada perjumpaan dengan ibu bapa pada hari yang sama tentulah kehadiran bagi workshop tidak penuh. Apabila ini berlaku tentulah menyukarkan mentor untuk mengulang semula perkara yang sama. Banyak kali berlaku guru tidak dapat hadir dengan sebab tertentu dan ada kalanya workshop dibatakan kerana hanya seorang atau dua orang guru yang hadir.
4.6   Jadual waktu guru yang terlibat juga padat terutama pada sebelah petang. Guru perlu memastikan anak-anak yang bersekolah sesi petang selesai diuruskan sebelum menghadiri workshop. Begitu juga anak-anak yang bersekolah agama rakyat mesti dihantar mengikut masa yang ditetapkan. Situasi ini tentu bertambah sukar apabila anak jatuh sakit atau suami pula berkursus atau bertugas di luar daerah. Masalah-masalah inilah yang mengekang kehadiran guru ke workshop dan seterunya menjejaskan matlamat penutur jati.  
4.7  Kehadiran mentor di sekolah terlalu singkat.
4.8  Pertukaran  guru dan perubahan  kelas yang diajar oleh guru. Contoh ada guru yang mengikuti program ini di tahun pertama tetapi tidak dapat meneruskannya di tahun kedua kerana bertukar ke sekolah yang tidak mempunyai program ini, ada guru yang terlibat pencen dan ada juga yang mengajar tahun 6,5 atau 4 dan tidak lagi mengajar Tahap 1 .

5.0  Penambahbaikan program ini.
5.1  Libatkan semua sekolah dan semua guru Bahasa Inggeris termasuklah guru Tahap 1 dan Tahap 2.
5.2  Guru yang terlibat tidak terikat dengan kelas lain terutama Tahun 6.
5.3  Lima buah sekolah dan maksima lima belas orang guru adalah  sesuatu yang sukar untuk melihat keberkesanan program ini. Kurangkan jumlah sekolah dan guru yang terlibat bagi seorang mentor.
5.4  Untuk kesan jangka panjang eloklah program ini diadakan di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG), kerana lebih mudah dilaksanakan terhadap guru-guru pelatih yang masih muda dan sepenuh masa berada di kampus berbanding guru-guru di sekolah yang kebanyakannya berumur dan mempunyai tanggungjawab lain yang sememangnya tidak pernah kurang.  








1 comment: